scroll


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

kerisauan


ishhh kerisauan melanda ni....mane la peginya dia ni?????
chat ke x???huhuhu risau....risau....risau...
x best nye perasaan ni...tp kene gak risau...xder berita langsung....ermmmm nk marah pun ada gak..tp x per...die x sehat tue...sabo..sabo..think positive yer...
tp....mana dia pergi ni...dr pgi x dengar brita...ish.... nk kene cri ke x ni???
huhuhuhu....

cop3..hha ape da merepek...sebenarnye nk story pasal rasa risau yang melanda...
one day ada la sorang awek ni.....ada rasa risau yang teramat sangat ke atas pasangan dia..tp..tahap kerisauan tu dh melampaui batas....mane ley cmtue...rimas la pakwenye..ye x...nak risau pun perlu la bertempat...jgn dok sentiasa risau..smpai nk tido pun ley rase risau tue..
haaa cmner nak kawal rase risau tue??? senang jek...kite kene la percayaa pada pasangan kita tue..kalau rasa pasangan kita tue x ley nk dipercayai..dats means..tinggal kan jek dia n cari orang yang ley dipercayai and menyayangi diri kita ni...kenape kita nk sayang pada orang y memainkan diri kita???ye x???

so.....................
think about it!!!!

Sunday, February 27, 2011

jalan-jalan





Bila jalan2 dengan kawan2 ni kite x rase penat sangat…heheh teringat masa g jom hebah aritue…macam2 benda berlaku..kelakar kalau diingat semula..punya laa semangat nak pegi…yela kan..bukan selalu…masa memula nak bertolak tue tgu la mbe kepada mbe ni…dating nek kete kancil..heheh naak nek 6 orang termasuk driver..cuba byangkan maacamana..x ke sesak dalam kete tue..masa dalam perjalanan menuju kat tempat kejadian…tetiba jerk………..

Jeng….jeng……jeng…..

Tayar kereta pancit kat tepi jalan..
Oh no!!!! malu…..
Hehehe akibat nek kete ramai2 la ni…so untuk cari alternative len n bagi mengelakkan kejadian kali kedua berlaku….aku pun menelefon tempat sewa kete…coz nk sewa kete len la..
Sian aku tengok kete kancil td…merana bawak kami ramai2..hahaha

Sampai ke destinasi yang dituju…nak cri parking…..punya la susah…huhuhu…padahal kat Terengganu dh ade parking apartment..wahhhh dengar pun canggih kan…parking bertingkat tue…ley letak kete kat ctu….hehehe…tp jauh sangat la nk parking kat ctu…mau semput berjalan ke syahbandar tue..
So… kami pun letak la kereta di belakang sebuah lori… tetiba tuan lori tue kluar ntah dari mane cakap “camane lori ni nak kuar t??”huhuhu nada dier agaak x sopan ye…pergh…x bleh ke ckap elok3 ckit???
Geram gak r..tp x pe pakkal jek pemandu tue dh tua..lau x ….memang x lame idop la…
Cari parking len..and Alhamdulillah jumpa…tp nak jalan ke destinasi..perghhhhh jauh giler…..kene la berjalan gak…xpe sesekali exercise….hahhaa bukan slalu an..
Orng ramai giler ahh…sesak nak berjalan…dok2 cari benda2 free jerk…..tp just dapat belon ribena 3 biji..heheheh ok la tue…drpd x de langsung….
Dh penat berjalan…xdpt pape pun coz…kewangan x mengizinkan waktu ni…xpe r…len kali p kat ngri len plak..kalu ada lg la jom heboh ni…huhuhuu…

Saturday, February 26, 2011

lets think!!

salam...
lame x update blog...busy tue x de la sangat cuma mood tu x dtg kot... baru2 ni jom heboh kali pertama dilangsungkan di terengganu...agak meriah la sebab ramai orang berpusu2 ke 1 destinasi dimana jom heboh berlangsung...kat mane lg kalau bukan dataran syahbandar.. ada yang sanggup parking kereta kat area pulau warisan and kampung china coz kat stu mmg dh tahap maksimum parking x de..so polis2 trafik polis2 bantuan pun menjalankan tugas masing- masing di atas jalan raya...wahhhhh smart masing2 berpakaian seragam x kire waktu panas terik..sanggup berkorban demi keselamatan rakyat negara ni..kalau la mereka ni x de...sape lagi la yang nak bertanggungjawab??mesti jalan- kat stu jem teruk..cuba kita fikir hal macam tue..jgn asyik nak persalahkan cara or complain yang macam2 tak bertempat...kalau kita ni berani sangat if ada benda y x puas hati pasal polis2 ni..bleh la kemukakn ketidakpuashatian tue kat pejabat or balai2 polis berdekatan..tapi jangan pulak wat reformasi jalanan..tue mmg la x bermoral..hahaha x ada adab...duduk kat malaysia ni...kan ada tatatertib..ye x??
so..buat2 la buka fikiran kita sama2 fikir benda yang boleh menguntungkan negara ni.heheh..pandai plak aku berkata2...ermmm tue je la..nak stress kan kepada tugas2 polis yang dh berpenat lelah menjalankan tugas mereka..heheh

Wednesday, February 23, 2011

bahasa bukan lisan

assignment bahasa melayu tesl semester 6


1.0 Pendahuluan

1.1 Apa itu bahasa?

Secara umumnya, bahasa merupakan satu sistem yang digunakan bagi menyampaikan maklumat, meluahkan emosi serta kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara sukarela. Terdapat lima unsur penting dalam menghuraikan maksud bahasa iaitu bahasa itu bersifat manusiawi kerana hanya manusia yang mempunyai sistem simbol bagi berkomunikasi. Selain manusia, haiwan turut berkomunikasi sesama mereka melalui sistem bunyi. Walau bagaimanapun, sistem yang digunakan bukanlah daripada perkataan-perkataan. Hatta, melalui bahasalah kita dapat membezakan manusia dengan makhluk lain.

Selain itu, bahasa merupakan satu sistem yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Hal ini dapat dilihat secara jelas melalui perolehan bahasa oleh manusia. Ketika dilahirkan,manusia tidak dapat untuk terus berbahasa. Justeru, semasa proses pertumbuhan seorang kanak-kanak perlulah sentiasa diberi pendedahan kepada persekitaran yang melibatkan komunikasi. Tambahan pula, kebolehan bertutur dipengaruhi oleh masyarakat sekelilingnya, jadi kebolehan bertutur harus dipelajari. Sehubungan itu, proses perolehan bahasa akan berlaku dengan berkesan. Namun, sekurang-kurangnya haruslah ada dua orang atau lebih untuk proses berkomunikasi.

Selain itu, terdapat perkara penting yang perlu ada dalam sesuatu bahasa ialah bahasa itu bersistem. Ini bermakna, bahasa mempunyai peraturannya yang tersendiri. Peraturan ini dikenali sebagai tatabahasa.Ianya bukan ditentukan oleh sesuatu jawatankuasa tetapi ianya dibuat dan diubahsuai oleh cara orang yang menggunakan bahasa itu sendiri.

Bahasa itu dizahirkan secara voluntari ataupun sukarela. Hal ini kerana manusia menggunakan bahasa bagi mewakili sesuatu maksud, menyampaikan maklumat serta meluahkan perasaan tanpa sebarang paksaan. Tambahan pula, bahasa terdiri daripada simbol-simbol yang bersifat arbitrari. Unsur arbitrari ini memiliki makna memiliki makna yang membolehkan manusia menggunakan simbol-simbol ini untuk berkomunikasi sesama manusia. Ini kerana manusia sama-sama mempunyai perasaan.

Bahasa terbahagi kepada dua jenis iaitu bahasa lisan dan bahasa bukan lisan. Bahasa lisan merupakan bahasa pertuturan yang digunakan oleh manusia melalui perkataan serta simbol-simbol yang melambangkan maksud sesuatu keadaan. Namun disebaliknya, bahasa bukan lisan merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan simbol-simbol tanpa menggunakan suara. Simbol-simbol yang digunakan boleh merupakan simbol gambar atau isyarat yang mempunyai makna tertentu iaitu pergerakan tangan dan anggota badan yang lain seperti mimik muka yang boleh difaham oleh kedua-dua pihak iaitu penutur dan penerima. Manakala bahasa bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu bahasa isyarat dan bahasa badan.

Pada umumnya, peradaban manusia bukan hanya melibatkan komunikasi lisan (verbal) tetapi juga komunikasi bukan lisan(non-verbal). Di Negara Jepun, pembuatan robot mendapat sambutan yang menggalakan. Namun begitu, sekiranya sesebuah negara ingin melakukan pesanan robot, mereka perlulah mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai robot yang ingin dibeli. Justeru, beberapa orang pengkaji perlulah dihantar ke Negara Jepun untuk memperoleh maklumat. Mereka perlulah melibatkan diri secara langsung dengan teknologi robotik dengan menggunakan komunikasi bukan lisan.

2.0 Isi dan perbahasan

2.1 Bahasa isyarat

Menurut Abdullah Yusoff (1995) dari sudut pandangan akademik, murid-murid yang mengalami masalah pekak dan bisu mengaplikasikan bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi bagi golongan yang mengalami kesukaran untuk menulis atau menghasilkan sesebuah karangan. Hal ini demikian, kerana mereka tidak dapat menyatakan idea dalam struktur tatabahasa yang digunakan dalam bahasa melayu seperti individu normal yang lain.

Dalam perkembangan kanak-kanak pekak dan bisu, risiko kelambatan pemerolehan bahasa adalah sangat mudah. Mengikut kajian lepas yang telah dijalankan, sebanyak sembilan puluh peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah cacat pendengaran di dalam keluarga.Ini menjadi faktor kanak-kanak tersebut mempunyai masalah untuk mempelajari bahasa komunikasi lisan yang biasa digunakan dan ini akan membantutkan proses perkembangan mereka. Dengan adanya bahasa isyarat, kanak-kanak tersebut dapat dibantu dalam proses menguasai bahasa dan berkomunikasi.

Antara lain, bahasa isyarat juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bayi. Ketika mereka masih belum tahu bercakap, bahasa isyarat dapat membantu mengurangkan tekanan dengan mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka. Ini menyebabkan mereka kurang menangis. Keadaan ini telah dibuktikan oleh penyelidik sekiranya komunikasi bahasa isyarat diajarkan pada peringkat bayi.

Bahasa isyarat juga bukan sahaja terhad kepada golongan orang kelainan upaya tetapi ianya juga dapat membantu individu normal bagi memahami sesuatu maklumat atau isi hati yang disampaikan oleh si penyampai melalui bahasa isyarat. Sehubungan itu, penerima juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai simbol-simbol yang digunakan dalam komunikasi bahasa isyarat itu sendiri. Jadi, individu normal lain adalah digalakkan untuk mempelajari bahasa isyarat sebagai bahasa tambahan. Natijahnya, jika perkara ini dapat diaplikasikan, individu yang pekak atau bisu tidak akan mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

Selain itu, bahasa isyarat juga turut digunakan dalam dunia profesionalisme di Malaysia. Seperti bahasa tuturan, bahasa isyarat berbeza mengikut lokasi dan rantau. Oleh itu, kefahaman antara penutur bahasa isyarat dan bahasa tuturan adalah berbeza. Justeru, khidmat jurubahasa sebagai penghubung antara individu normal dan golongan pekak atau bisu adalah sangat diperlukan. Ini bermakna bahasa isyarat adalah medium yang sangat penting bagi seseorang jurubahasa.

2.1.1 Peranan bahasa isyarat

Sejak zaman dahulu lagi, bahasa adalah teras perhubungan terpenting dan merupakan medium efektif dalam proses komunikasi serta penyampaian maklumat di antara pihak yang berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa menjadikan sistem komunikasi menjadi lengkap dan sempurna serta mewujudkan tindak balas ke atas maklumat yang diterima.Keadaan ini dapat membuktikan bahawa bahasa memainkan peranan penting didalam aktiviti komunikasi seharian manusia. Bahasa isyarat juga merupakan kaedah utama yang lain dalam urusan komunikasi yang melibatkan golongan orang kelainan upaya iaitu golongan pekak atau tuli.

Di Malaysia,peranan bahasa bukan lisan iaitu bahasa isyarat dilihat semakin berkembang dari segi penggunaannya. Hal ini kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tumpuan kepada golongan istimewa ini yang amat memerlukan perhatian. Melihat kepada keperluan dan proses transformasi komunikasi pekak di Malaysia. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) telah diperkenalkan. Bahasa isyarat turut mendapat pengiktirafan sebagai satu bahasa sebagaimana bahasa isyarat British. Ini mendaulatkan bahasa isyarat yang di aplikasikan di Malaysia setanding dengan bahasa dunia lain.

Secara umumnya, bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang pekak dan bisu untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Dalam sistem bahasa, isyarat pergerakan tangan, badan dan bibir digunakan untuk menyampaikan maklumat, melahirkan buah fikiran atau idea dan sebagainya dimana golongan ini menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.

Dalam sistem pendidikan khas di Malaysia, halangan utama murid-murid bermasalah pendengaran ialah apabila berkomunikasi dengan orng lain dalam sesebuah masyarakat kerana golongan ini menggunakan isyarat tangan. Ini adalah kerana masyarakat normal tidak dapat memahami symbol-simbol yang digunakan melainkan mereka mempelajarinya secara khusus. Komunikasi yang terhad ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa. Ini memberi kesan terhadap pencapaian akademik murid-murid yang mengalami masalah pendengaran. Walaubagaimanapun, dengan adanya komunikasi menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung ianya dapat membantu meningkatkan pencapaian insan istimewa ini.

Kesimpulannya, bahasa isyarat adalah amat penting kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran atau bisu atau kedua-duanya sekali. Ini kerana bahasa isyarat adalah bahasa yang digunakan sebagai alat berkomunikasi bagi mereka. Namun begitu, terdapat juga kelemahan-kelemahan bertutur dalam bahasa isyarat disamping kelebihan bahasa isyarat itu sendiri.


2.2 Bahasa badan

Selain bahasa isyarat, bahasa badan turut digunakan sebagai komunikasi bukan lisan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, komunikasi bukan lisan memberi gambaran penuh seseorang individu dan bagaimana ianya berkesan terhadap orang lain. Setiap hari, kita memberi respon kepada beribu-ribu tanda isyarat badan tanpa berkata-kata dan kelakuan termasuklah gerak-geri badan, air muka mahupun nada suara. Menurut pakar-pakar, dalam komunikasi seharian, bahasa bukan lisan memainkan peranan yang amat penting kerana 70% daripada komunikasi harian manusia ialah merupakan komunikasi bukan lisan.

Ini dapat dibuktikan melalui kajian oleh Albert Mehrabian, beliau menyatakan bahawa 60% – 70% komunikasi yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan masyarakat. Dalam satu penyelidikan lain pada tahun 1872, Charles Darwin telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘The Expression Emotions in Man and Animals’ yang berkaitan dengan komunikasi bukan lisan dan gerak geri badan. Selepas itu, ramai yang mula tampil dengan membuat penyelidikan menyeluruh tentang jenis, kesan dan pernyataan komunikasi bukan lisan dan gerak geri badan. Walau bagaimanapun, bahasa bukan lisan ini adalah sangat halus dan ianya tidak disedari oleh seseorang yang melakukannya.

2.2.1 Peranan bahasa badan

Peranan bahasa badan adalah amat meluas dalam dunia komunikasi sebenar. Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bahasa badan juga dapat membantu diri kita untuk mempengaruhi orang lain supaya mempercayai kita. Misalnya jika kita terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting. Kita boleh mempamerkan riak wajah yang menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan yang bermasalah terutama sekali apabila berhadapan dengan majikan. Hatta, bahasa badan boleh diaplikasikan mengikut suasana dan situasi sesuatu keadaan.

Personaliti seseorang individu dapat dilihat dengan memerhati komunikasi badan ataupun bahasa badan yang ditunjukkan oleh mereka. Selain itu, bahasa badan berupaya meningkatkan karisma seseorang sama ada dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya. Tambahan pula, bahasa badan turut digunakan sebagai medium untuk memperlihatkan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain ataupun individu dan masyarakat pada amnya. Ini membuktikan bahawa komunikasi badan memainkan peranannya yang tersendiri dalam kehidupan seharian manusia.

Rentetan daripada itu, penerimaan dan penolakan individu dalam masyarakat dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui pergerakkan mata dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan individu lain mengetahui permasalahan yang berlaku. Komunikasi badan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi tangan, komunikasi bersalaman, komunikasi senyuman, komunikasi kepala dan komunikasi renungan mata. Peranan bahasa badan ini dimainkan oleh setiap anggota badan.

Komunikasi tangan berperanan menunjukan sikap seseorang individu terhadap dirinya mahupun orang lain. Contohnya pergerakkan tangan ke muka dengan cara meraup mukanya mungkin menggambarkan bahawa seseorang individu itu malu ataupun mengeluh tentang sesuatu keadaan. Antara komuniksi tangan lain yang membawa maksud tersendiri adalah seperti kedudukan tangan terbuka, kedudukan tangan bersilang, kedudukan tangan bersilang di hadapan muka dan kedudukan tangan bersilang ke belakang.

Begitu juga dengan komunikasi kepala. Apabila kepala seseorang mula senget atau condong, ia menunjukkan bahawa seseorang itu berminat atau tertarik kepada sesuatu. Tetapi apabila kepala seseorang menunduk semasa melihat sesuatu pebentangan, ia adalah tanda negative seterusnya membina impresi pertama yang tidak baik kepada si penyampai bahawa sesi pembentangan tersebut adalah membosankan.

Antara lain, komunikasi bersalam juga merupakan salah satu bahasa badan yang digunakan untuk mengetahui personaliti seseorang. Terdapat beberapa kaedah bersalam seperti bersalam dengan kedudukan tangan menadah, bersalam apabila kedudukan tangan mengadap lantai dan bersalam dengan kedudukan tangan yang seimbang. Selain itu, semasa bersalam juga, kedudukan tangan kiri turut membawa maksud tertentu.

Memahami komunikasi mata dalam komunikasi bukan lisan amat penting kerana personaliti seseorang individu juga dapat dilihat dan dikenalpasti melaluinya. Kita perlu mengambil berat terhadap komunikasi badan yang ditunjukkan walaupun hanya pergerakan mata. Hal ini kerana, di situ kita akan tahu bahawa bagaimana mereka menerima orang lain dalam persekitaran mereka. Dalam erti kata lain, mereka yang bertentangan mata ketika bercakap dapat mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dengan situasi pada waktu tersebut. Contohnya, dalam perbualan antara seorang ejen insuran dengan seorang pelanggan, tindakan bertentangan mata boleh membuatkan pelanggan rasa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian melalui soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga bagi pihak yang mendengar dan mahu mengekspresikan bahawa mereka sedang mendengar dan cuba untuk menumpukan perhatian terhadap topik yang sedang dibincangkan.

Menurut Miller (1974 : 265), dalam kajian yang dijalankan olehnya, beliau mendapati bahawa, foto seorang gadis cantik yang mempunyai anak mata besar kelihatan lebih menarik berbanding foto gadis yang mempunyai foto yang sama yang diambil dengan anak mata yang lebih kecil. Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa, bukan sahaja tubuh badan kita berkomunikasi bahkan anak mata juga memainkan peranan yang sama.

Selain itu, mimik muka turut memainkan peranan yang besar dalam komunikasi bukan lisan. Ekspresi muka yang sentiasa tersenyum menggambarkan bahawa seseorang itu mungkin sedang berbahagia dengan kehidupan yang dilaluinya. Walau bagaimanapun, mimik muka yang senantiasa tersenyum tidak semestinya mengambarkan kegembiraan tetapi disebaliknya. Hal ini kerana, mimik muka juga digunakan oleh seseorang untuk melindungi perasaannya yang sebenar daripada diketahui oleh orang lain.oleh itu, bahasa badan dikatakan dapat menjadikan sesorang individu itu bak seorang pelakon di layar perak serta menjadikannya seorang yang suka berpura-pura jika digunakan dengan cara yang salah.

Namun begitu, tidak menjadi kesalahan apabila kita menghadiahkan senyuman kepada pihak lain walaupun hati tidak membenarkan. Selain dapat melegakan hati yang rungsing, ianya juga akan memberi ketenangan buat si pemerhati.

Setiap pergerakan tubuh badan manusia membawa maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang individu itu sendiri. Memiliki dan menguasai kemahiran bahasa badan ini juga membolehkan seseorang individu menguji tahap keyakinan diri. Misalnya, pergerakkan tangan dengan yakin semasa bercakap atau memberi pendapat di hadapan orang ramai menggambarkan bahawa individu tersebut merupakan seorang yang berani, bijak dan yakin pada kemampuan diri. Namun begitu, pergerakan tangan yang begitu kerap adalah petanda yang tidak baik. Anda mungkin dinilai sebagai seorang yang gugup dan kurang keyakinan diri. Oleh itu, elakkan pergerakan tangan yang berlebihan semasa berucap dan kawal pergerakan tersebut dengan bijak.

Natijahnya, pemahaman terhadap bahasa badan memberi banyak manfaat kepada setiap individu. Ianya berperanan sebagai unsur yang menambah baik pemahaman bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan tidak kiralah sama ada hubungan tersebut berbentuk kekeluargaan mahupun persahabatan. Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai perselisihan faham, bahasa lisan sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan sebenar yang cuba disampaikan.Oleh itu, bahasa badan seperti isyarat pandangan mata dapat memainkan peranan supaya sesuatu keadaan boleh diperbaiki.

Selain itu, apabila seseorang mengetahui bahawa gerak–geri tubuhnya diperhatikan, secara tidak langsung, individu tersebut akan membuat persediaan diri sebelum berjumpa dengan orang ramai terutamanya apabila dia akan menemui seseorang yang belum dikenali seperti bertemu dengan pelanggan atau menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Pada masa yang sama, seseorang itu boleh mengisyaratkan badannya supaya bertenang dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Ini dapat menjelaskan bahawa kategori bahasa bukan lisan ini membawa tanggungjawab yang besar dalam proses komunikasi.

Tambahan pula, bahasa badan membolehkan seseorang menimbulkan keserasian antara kedua belah pihak yang sedang berkomunikasi. Gerak-geri isyarat badan yang ditonjolkan semasa satu sesi perbincangan menunjukkan bahawa seseorang individu itu mudah didampingi dan konsisten tehadap kerja apa yang dilakukan walaupun orang lain tidak mengenali anda. Oleh itu, posisi badan membolehkan seseorang menggunakan kelebihan bagi kepentingan diri sendiri.

3.0 Kesimpulan

Antara lain, bahasa bukan lisan memberi kelebihan kepada individu untuk mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang. Bagi orang kelainan upaya seperti golongan pekak dan bisu, komunikasi bukan lisan ini memberi inisiatif kepada mereka untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Dengan ini, mereka tidak akan merasa tersisih apabila berada dalam kelompok masyarakat.

Pada kenyataannya, bahasa adalah sangat berkesan dalam komunikasi seharian apabila perkataan-perkataan, isyarat dan tingkah laku adalah saling melengkapi dalam sesuatu proses komunikasi. Kita semua pasti pernah mendengar orang berkata,’’bukan apa yang dia katakan itu menyakitkan tetapi cara dia menyatakannya.’’ Perkataan cara dalam konteks ini merujuk kepada nada suara dan gerakan anggota badan beserta dengan lisan.

Dalam sesuatu keadaan yang lain, apabila seseorang itu sudah tilak lagi mempunyai kemampuan berbahasa,hatta komunikasi bukan lisan ini kembali digunakan untuk berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling kita. Mungkin lambaian tangan bagi memanggil, kerdipan mata, gerakan kepala,senyuman, bahkan cucuran airmata dapat mewakili komunikasi bukan lisan yang mahu ditonjolkan oleh seseorang individu.

Dalam kehidupan seharian, kita juga berkomunikasi melalui bunyi selain daripada gerakan. Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa bukan semua bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi adalah bahasa. Dalam erti kata lain, bunyi yang dihasilkan mungkin melambangkan simbol-simbol tertentu dalam proses komunikasi.

Justeru, peranan bahasa bukan lisan dilihat sebagai salah satu medium komunikasi yang berguna kepada masyarakat dari segi keupayaan bahasa itu sendiri yang bersifat universal ataupun meluas. Hal ini kerana, penutur bahasa bukan lisan bukan sahaja terdapat di Malaysia malahan turut terdapat di serata dunia. Ini dibuktikan lagi dengan pengikhtirafan beberapa bahasa isyarat lain seperti bahasa isyarat British dan bahasa isyarat Amerika.

Oleh yang demikian, adalah digalakkan jika individu-individu normal yang lain mempelajari dan menjadikan bahasa bukan lisan sebagai bahasa tambahan. Bagi menyokong usaha ini,bahasa isyarat perlu diserapkan sebagai salah satu subjek tambahan di sekolah-sekolah di Malaysia. Perkara ini dianggap dapat membantu meningkatkan keyakinan diri individu kurang upaya agar tidak ketinggalan dalam arus perdana memandangkan mereka juga merupakan modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Negara. Disamping itu, penguasaan bahasa bukan lisan memudahkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada komunikasi yang menggunakan bahasa lisan dalam kehidupan seharian manusia.

Related Posts with Thumbnails

justin bieber